Masterjanz

apa gany gedans uka nikirkap

korang baca je le yer.. kalo brani komen korang komen je le..

 
MySongs


MyStuff
¬ Nokia 6680
¬ Canon Powershot A400
MyToDoList
¬ No List
MyFavouriteLinks
¬ SEsumpah Store! Ur Musik Store!
¬ Astro
¬ SoftHands
MyWishList
¬ Beli rumah :)
MyCounter
 
Ulu Chepor
Monday, April 28, 2008
lama gak tak menaip dlm blog aku nie.. mesti korang ingat aku dah takenaip lagi dah tp tidak.. aku cuma tak berkesempatan je.. so aku nak citer pasal aku pergi mandi air terjun kat ulu chepor ngan kengkawan opis..

ade gak yg ex-opismate join.. masa tu mmg free gila la kepala tak ingat hal opis langsung..

gambar2 leh la korang tgk kat album kawan aku nie.. http://picasaweb.google.com/mr.putera/VSSCeporWithDialog

Labels: ,

posted by masterjanz @ 9:41 PM   |
Al Fatihah
Wednesday, January 30, 2008
23 Jan - Hari ini aku berduka cita diatas kematian ibu mertuaku. Setelah berbulan-bulan beliau melawan kesakitan akhirnya beliau telah dijemput Allah s.w.t.

Aku pertama kali melihat seseorang meninggal dengan mata kasar aku. Sungguh aku merasa insaf apabila melihat bagaimana beliau berdepan dengan sakaratul maut.

30 Jan - Aku amat terkejut juga dengan perginya seorang yang aku anggap genius dalam penulisan lagu iaitu Bro Loloq. Sejak aku kenal dia (dia tak kenal aku la) mmg aku perhatikan cara dia membuat lirik amat teliti dan menarik. Pemergian beliau mmg amat terasa jugak la.

Semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh.
posted by masterjanz @ 4:42 PM   |
Rabbani feat. Amy Search and Mawi
Monday, January 21, 2008
Salam, aku macam biasa bz je memanjang, walaubagaimanapun aku ambil kesempatan tuk maklumkan album baru Rabbani. Salah satu group nasyid yang mmg aku minat giler la.



Cover album Rabbani yang terbaru

Actually aku tgk semalam live Muzik@Ria kat rumah lepas baru balik dari kampung mak mertua aku tak sihat. Cara penyampaian (kata-kata dia la) Ustaz Asri mmg power sampai si Hani pun terpegun. Aku pun secara tak sengaja tertengok. Layan punya layan sekali terdetik la nak beli album ni. Semalam depa tunjuk Muzik Video Rabbani feat Mawi lagu Saksi. Best juga lagu nie

Tapi disini aku selitkan la lirik lagu Amy-Search (ni minat gak wei). Lagu ni mmg best actually cara Bro Amy ajak Ustaz datang rumah masa nak bincang pasal nak bikin lagu ni membuat Ustaz terharu.

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi… Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi

Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi…

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada…
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku

Yang tinggal…



Nanti kalo ade lagunya aku leak kat sini tuk korang donlod.. tp jgn lupa beli yg ori.

Labels:

posted by masterjanz @ 5:33 PM   |
Maal Hijrah1429H dan Tahun Baru 2008
Wednesday, January 09, 2008
Selamat tahun baru 1429H aku ucapkan pada semua, semoga setahun yang mendatang ini diberikan rahmat oleh Allah s.w.t kepada kita semua. Aku rasa macam sekejap je dah setahun hehehe.

So apa hijrah korang tahun ni? aku cuba untuk berubah kepada lebih baik dari sekarang.. jadi kena usaha lebih gak la.

adios.

p/s: dapatkan doa akhir tahun dan awal tahun kat sini http://www.islam.gov.my/program/doa.html

Labels: ,

posted by masterjanz @ 2:27 PM   |
Belajar Kira-kira
Friday, December 07, 2007
Cuba la try

1) korang typekan first 3 digit nombor handphone korang (bukan 01x tu) kat dlm calculator
2) darabkan dgn 80
3) ko tambahkan lak ngan 1
4) pastu darabkan plak dgn 250
5) ko campurkan 4 digit terakhir no phone korang
6) buat lagi sekali arahan no 5
7) tolakkan dgn 250
8) Last skali, bahagi ngan 2

Apa jawapan korang dapat? Korang nye handphone number ke atau no lain????

MENARIK tul kan !!!

Labels: ,

posted by masterjanz @ 4:28 PM   |
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
Thursday, October 11, 2007

Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali aku atau pun yang tidak mengenali aku.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada korang semua. Disamping itu juga aku ingin menyusun sepuluh jari..ingin memohon ampun dan maaf jika aku ada membuat kesilapan secara langsung dan tidak langsung.

Akhir sekali, sekali lagi aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN.

Kad raya tak dapat hantar pada semua so korang tatap la kad raya kat sini. Especially kepada semua sahabat2 di tempat kerja serta ex staff VSS seperti Yusairi, Suhailan, Ijad, Iwan, Bob, Ajak, Uddi yang mana nama takde tu jangan marah yer.

Labels: ,

posted by masterjanz @ 10:02 AM   |
Produk Terkini: Softnet Messenger
Monday, September 17, 2007
Setelah senyap begitu lama aku ingin mulakan blog aku nie dgn uar2kan produk terkini yang dibangunkan oleh syarikat tempat aku bekerja.. software nie totally dibangunkan oleh bos aku sendiri En. Bakar..

Byk kelebihan dan kebolehan sistem ini untuk digunakan oleh pihak IPTA/S, syarikat2 korporat bagi komunikasi di kalangan staff di mana jua di dunia.

Lebih kurang macam Yahoo Messenger tp kalo dgn YM ni korang kurang la nak monitor staff korang berchatting. Biasanya syarikat2 IM nie guna tuk perkara yg berkaitan dgn kerja.

SoftNet Messenger dibangunkan bagi monitor staff berchatting, status dan alerts. Sebagai administrator korang boleh log semua perbualan privasi dan pilih saja bila tarikh tuk korang monitor. SM ni gak leh la set automatik waktu korang ade di PC atau takde seperti (Available, Not Available, and Away) dan korang juga leh set sendiri task korang. SM juga provide POP3 email, waktu solat dan popup alert. Kalo korang tak percaya leh baca sini.

Kalo dah baca dan berminat nak try leh ar donlod kat sini (ni tuk tempoh 30 hari je).

Labels: , , , , , ,

posted by masterjanz @ 12:24 PM   |
Selamat Berpuasa
salam semua.. aku terlalu sibuk sampai tak sempat nak menaip langsung dlam blog.. berbagai masalah aku hadapi tahun ni.. tp insyaAllah dapat aku tempuhi dgn sabar..

Aku nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan selamat berpuasa pada korang semua.. korang dah plan buat baju raya ke? ewahh belum pun seminggu berpuasa dah ready siap baju raya hahaha

dan harap tak terlambat aku ucapkan MERDEKA!!

Labels:

posted by masterjanz @ 12:12 PM   |
Aqil dah besar rupanya...
Saturday, May 26, 2007

Dalam sibuk bekerja sometime kita terlupa yang anak semaikn membesar aku kadang2 rasa cam kurang je layanan aku pada aqil..

hari ni ade trip kenduri kahwin ke selangor maybe ade can luangkan masa bersama keluarga.. :)

Labels: ,

posted by masterjanz @ 1:17 PM   |
DAULAT TUANKU!!!!!
Thursday, April 26, 2007
Sempena Hari Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Ke-13 ni aku ambil kesempatan la selitkan gambar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.


Segak juga Tuanku nie yer.. muda lagi orangnye


Agong dan Permaisuri
Foto: Bernama


Semua orang cuti hari ni.. aku kena kerja.. sabtu nie plak ade main futsal.. tuk staf company aku jer.. tgk la camne nanti aku main.. bukan tau sgt pun

Labels: , ,

posted by masterjanz @ 5:38 PM   |
Jawatan Baru!! Bukan Untuk Berlagak
Friday, April 20, 2007
Lama gak aku tak menaip ni maksud aku dlm blog la.. kalo pasal menaip leh kata hari2 aku menaip.. mana taknya nak taip coding berjela2 macam buat skrip filem zombi kampung pisang je rasanya.. Actually aku kat VSS nie mmg tak menang tgn langsung la.. projek ade je memanjang.. alhamdulillah rezeki Allah yg beri..

Disebabkan company aku (maksud aku co tmpt aku kerja la) nak mula membesar ade beberapa cawangan di KL dan sebagainya.. aku dinaikkan pangkat pada bulan March yg lepas sebagai Asst. Mgr R & D.. alhamdulillah syukur aku padaNYA.. aku juga berterima kasih pd MD dan especially akunye GM la.. Mr. Yusairi a.k.a Paklong, dia banyak membantu aku dan mempromote aku disamping rakan2 sekerja yang lain.. ini yg buat aku bertambah semangat kerja kat sini.. mmg jauh beza la masa aku kerja kat opis lama.. knowledge aku bertambah sikit2..

Pasal anak aku lak dah mula petah berckp baru 1thn 6 bulan.. geram aku dibuatnya dgn perangai dia..
posted by masterjanz @ 9:23 PM   |
Still Alive!!
Wednesday, April 18, 2007
Aku masih ade.........................................................
posted by masterjanz @ 11:16 AM   |
SMS Free!!
Monday, January 15, 2007
Korang nak guna perkhidmatan SMS free leh la cuba pergi ke Mobik site. Aku dah cuba guna SMS ni dan setakat nie mmg berguna la jugak pada aku..
login screen mobik.com


screen tuk type message korang...

Korang nak guna kat phone pun leh gak tp ade certain phone yg leh support Java ME kalo tak jgn harap la nak gatal2 pi donlod.. lagi satu utk phone masih betaq testing lagi aku pun tak try lagik..

Labels: , ,

posted by masterjanz @ 12:48 PM   |
Selamat Tahun Baru 2007, Selamat Tinggal 2006
Friday, January 12, 2007
Rasanya belum terlambat tuk aku ucapkan selamat tahun baru pada korang semua.. tahun 2006 aku tutup dgn bermacam-macam masalah yang menimpa heheheh walaubagaimanapun aku tetap bersyukur dgn segala pemberian dan nikmat dariNYA..

Kes curi

Aku menghadapi akhir tahun lepas dgn kes kecurian di rumah sewa aku yang mana berlaku pada awal bulan 12.. mula2 aku tak perasan yg barang kat rumah aku tu hilang sebab aku ingat ianya tersalah letak tp dengan kehilangan sebuah laptop milik abg ipar kawan aku yang minta tlg aku repair membuatkan aku syak sesuatu.. mula tu hilang duit, pastu kamera digital, pastu pendrive dan baru la turn laptop hilang.. aku minta tlg adik aku siasat dan dia cuma dapat bgtau aku yang mencuri tu budak aje dlm umur 18 ke 19 thn.

Wife aku pun saje la tanya jiran sebelah ade barang hilang ke tak tp pd masa tu lum dapat info dari adik aku.. disebabkan naluri seorang mak, jiran aku tu nyiasat anak sulung dia kalo2 ade buat kerja tu..sekali terjumpa la beg laptop tu kat bawah katil anak dia dan mak dia tunjuk pada aku dan aku ngesahkan la benda tu aku punya.. terus ptg tu mak budak tu ajak pergi ke rumah sorang pakcik pada esok pagi.. kehebatan pakcik ini dia leh nampak apa yg berlaku dan leh membuat andaian dengan memberi aku clue siapa org nya dari mana budak tu masuk..

Seterusnya aku bagi peluang pada budak tu utk mengaku kalo tidak aku report polis.. tp setelah aku bg peluang dan dia pun tunjuk belagak kat mak dia aku pun report polis la ptg tu.. lpas polis buat siasatan dan ckp aku suspect anak jiran terus polis tu jumpa bapak budak tu dan aku respect kat bapak dia sbb bg kerjasama.. elok malmtu gak bapak dia hantar anak dia gi balai utk buat siasatan.. depan bapak dia polis tu bagi dia peluang tuk mengaku tp masih berlagak lagi.. then polis tu tahan la budak tu terus.. balik je bapak dia terus pangil aku dan ckp anak dia suruh aku dtg cepat ke balai.. aku pun dgn cepat pi la balai tu.. sesampai ke balai budak tu kena soal gila babas.. memula tak ngaku last2 kalah gak budak tu.. aku pun sendiri dgr suara dia.. terus aku jumpa dia dan masa tu aku lak soal dia, ko ambik brg apa lagi? takde apa bang laptop tu jer.. masih tak ngaku lagi tu.. mlm tu jugak lepas dia ngaku dlm kul 12 mlm budak tu bawak polis ke tempat dia simpan laptop tu kat rumah kawan dia.. hampeh tul.. last sebelum raya haji aku dapat info pendrive pun ade bukan laptop aje, kamera digital dah kena jual.. tp polis try tu track dan dapat tuk aku..duit lebur la .. duit tabung anak aku lak tu.. duit tabung haji sial tul..

Kes Langgar

Elok lepas kes curi esok nya kete aku lak kena langgar ngan kete navy dalam Naval Base kat lumut.. masa tu wife aku bawak..



jahanamketeaku

apa dah jadi kete aku ni??


sial punya kete

ni la kete navy tu...!!


Sekarang tgh dalam proses nak buat claim insurans kete navy tu .. tak tau la approve ke tak lagi.


Kes Demam Panas

Aqil kena demam panas so Hari Raya Korban tak berapa meriah di kampung.. Neway sonok tgk perkembangan anak aku depan mata.. semakin bijak diam diam dah 1 tahun dah anak aku tu..

Nie je la yg sempat aku taip buat masa nie.. sambil2 tgk cite DON (layan hindustan la beb)

posted by masterjanz @ 11:06 AM   |
new system on development
Friday, December 22, 2006
Aku terlalu sibuk sampai takde masa nak update blog tp bila ade terluang masa sikit aku try to update.. so far aku sdg dalam development sistem pendaftaran bagi satu institusi yang menguruskan kursus bagi belia2 kat malaysia nie... nak guna dlm bulan 1 nie..

Sample interface aku tgh develop

sistem yang aku develop sebelum nie dah pun diguna pakai oleh client dan cuma ade prob semasa mengeluarkan report ke excel saje.. tp kat pc aku dan notebook takde masalah.. error yang kuar adalah macam nie.. 'call was rejected by callee'.. apa da punya maslah

tgh taip nie dok dengar lagu saleem - maaf.. sedap gak lagu nie.. cam sedih je lagu dia hahaha..

doa2 kan la aku sempat siapkan sistem nie.. aku develop dgn mengintegratekan sistem nie dgn sistem Virtual Messengger(VM) yang mana dibangunkan oleh bos aku sendiri.. sama macam YM la lebih kurang.. kalo korang nak chat ngan aku guna VM pun leh cuma download ngan klik pada link VM tu..
posted by masterjanz @ 11:16 AM   |
Ulangtahun Perkahwinan
Thursday, December 21, 2006
Salamz,

3 Disember lepas adalah hari ulangtahun perkahwinan aku.. diam tak diam aku dah 2 tahun nikah anak dah pun sorang.. tapi ntah macamana aku dan wife leh lupa nak celebrate agaknya.. mungkin memasing sibuk dgn tugas memasing sehingga tak ingat langsung tarikh yang telah menyatu kan kami..

sebenarnya aku dah set dlm phone tarikh tersebut tp pagi tu ade kawan aku dari sg. petani tido di rumah aku.. sewaktu phone aku berbunyi alarm nye aku tutup dan pada masa yang sama kami sibuk nak melayan tetamu untuk di bawa ke Teluk Batik.. aku silap set pada jam 8 pagi sepatut nye jam 12oo pagi.. hampeh tul la..

aku berharap dan berdoa agar rumahtangga aku nie berkekalan sehingga mati.. maslah rumahtangga biasa la berlaku.. tp sekiranya masalah yang terlalu kritikal aku tak dapat nak menghadapi nya..

Jangan aku sibuk tgk kawan2 aku berkahwin aku plak yang tak bersefahaman mintak le jauhkan dari aku segala masalah ini... Tapi hati manusia siapa tahu bila2 boleh berubah..

Takut la plak aku bila tgk dialog Rita Rudaini pada Rashidee Ishak dalam filem Cinta tu.. sampai leh cerai berai..

mmg le lepas cerai leh kawin lain tapi mana nak sama yang isteri yang mula2 kita sayang dan nikah tu.. pergi kursus kahwin pun tak guna kalo macam nie.. hahahah

Anak aku makin membesar dia la selalu menenangkan hati aku sentiasa.. kerja mmg banyak nak kena buat tapi kalo dia tak tido lagi mmg le tak leh nak wat keje lain hehehe (sebenar boleh tp seronok layan dia)

kalo dok ingat kisah2 lama masa bercinta mmg macam2 perasaan yang dtg.. hehehe

Ok la kengkawan korang doa2 la kat aku agar bahagia bersama isteri tersayang sampai mati..
posted by masterjanz @ 1:52 PM   |
MySelf

Name: masterjanz
Nickname: Jan
Location: Manjung, Perak, Malaysia
Job: Software Programmer
Age: 30
About Me: Aku nie berminat ngan benda2 yg berkaitan ngan elektronik tapi tak le pandai dalam bidang nie.. programming tu boleh la sikit2...
See my complete profile
MyPreviousPost
Ulu Chepor
Al Fatihah
Rabbani feat. Amy Search and Mawi
Maal Hijrah1429H dan Tahun Baru 2008
Belajar Kira-kira
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin
Produk Terkini: Softnet Messenger
Selamat Berpuasa
Aqil dah besar rupanya...
DAULAT TUANKU!!!!!
MyArchives
September 2005
October 2005
December 2005
March 2006
April 2006
May 2006
August 2006
September 2006
October 2006
December 2006
January 2007
April 2007
May 2007
September 2007
October 2007
December 2007
January 2008
April 2008
MyFavouriteBlog
Afdlin Shauki - Inside My Head
Pakdi - Esprit De Corps
Roslan SMS
ATRCO
1 KHz
Sherrina
Joel on Software
M're
Aida
Shahrir-Umno
Ako Mustapha
Faizal Riza
Sariberita
Sultan Muzaffar
Bongkar
Ijad
yusairi
Tri Service Officer
BluQube
Sheela
Chotmel Dila
MyEmail

masterjanz@yahoo.com
mohd.norizan@vss.com.my

MyTagMe